TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 1 2025/2026
Bagi calon kategori lepasan SPM 2024, 2023 dan 2022, permohonan adalah melalui UPUONLINE. Permohonan UPUONLINE Fasa 2 dibuka mulai 14 April 2025 (ISNIN) jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 18 Mei 2025 (AHAD) jam 5.00 petang. Pembelian Nombor Pin UPUONLINE boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
Pautan ke UPU Online: https://upu.mohe.gov.my/
Bagi calon kategori lepasan SPM 2021 dan ke bawah dan lepasan sijil/setaraf, permohonan adalah melalui eBorang MyPOLYCC dan boleh dibuat mulai 21 Mac 2025 (JUMAAT) jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 21 April 2025 (ISNIN) jam 5.00 petang. Permohonan boleh dbuat melalui pautan eBorang MYPOLYCC.
Pautan ke eBorang MYPOLYCC: https://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangdiploma/logineborang125.aspx
Kolej Komuniti Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ts. Harmen bin Muda, Pengarah Kolej Komuniti Miri, atas pengiktirafan oleh sebagai Master Trainer berkuatkuasa 2 Disember 2024. Penganugerahan sebagai pakar ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengiktirafan Pakar, Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, untuk tempoh 5 tahun kehadapan dalam bidang Internet of Things (IoT), pengkhususan dalam bidang New Emerging Technology (NET).
Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada institusi dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi dan ia diharapkan menjadi pemangkin dan nilai tambah kepada pengoperasian institusi dalam usaha mencapai visi dan misi jabatan, khususnya menjadi peneraju institusi TVET yang unggul di Malaysia
.
Kejayaan ini juga bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepakaran YBrs. Tuan Pengarah dalam bidang kemahiran dan metodologi pengajaran, malah ia mencerminkan portfolio pengurusan Kolej Komuniti Miri yang bercirikan teknikal dalam usaha memberi khidmat pendidikan kepada komuniti setempat, khususnya di Miri dan Zon Utara Sarawak. Untuk rekod, YBrs. Ts. Harmen Muda juga memiliki pengiktirafan kepakaran dalam bidang Sistem Solar Off-grid, Sistem Voltan Rendah Talian Atas, Sistem Voltan Rendah Bangunan dan Papan Suiz Utama, serta memiliki pentauliahan sebagai Pemeriksa dan Penguji Pendawaian Bangunan oleh Unit Merinyu Elektrik, (EIU), Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Warga Kolej sekali lagi mengucapkan sekalung penghargaan kepada YBrs. Tuan Pengarah atas pengiktirafan ini dan semoga terus cemerlang pada masa hadapan dalam usaha membangunkan TVET di Malaysia.
Tahniah Ts. Sr. Norayushafira binti Che Kamaruddin atas perkauan gelaran Teknologis Profesional (Ts) daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Ini adalah satu pengiktirafan yang sangat bermakna dalam perjalanan kerjaya puan. Gelaran ini merupakan bukti betapa pentingnya peranan anda dalam memajukan teknologi dan inovasi. Semoga pencapaian ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kejayaan dan sumbangan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kami semua amat berbangga dengan pencapaian anda!
Tahniah sekali lagi atas pencapaian ini.
Tahniah kepada pasukan inovasi Kolej Komuniti Miri atas kemenangan ini. Tiga pensyarah yang telah menghasilkan inovasi ini ialah En. Holinson Emang Wan (Timb. Pengarah Akademik) ,En. Roland Tsok Vui Liang (Pensyarah Kanan) dan Pn. Norayushafira Binti Che Kamaruddin (Pegawai Kualiti).
Inovasi yang diberikan nama ClaBS@kkms berfungsi untuk memudahkan pensyarah serta pegawai untuk menguruskan sesi pembelajaran dengan berkesan. Inovasi ini mendapat tempat ketiga untuk kategori Teknologi Elektrik, ICT dan Telekomunikasi. Pasukan ini juga mendapat anugerah khas iaitu Anugerah Khas Industri.
Tahniah atas pencapaian dalam inovasi ini! Usaha dan kreativiti anda telah memberikan impak yang positif. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua.
Program yang berlangsung sempena 15 tahun tertubuhnya Kolej Komuniti Miri pada 6 Oktober 2024 (Ahad) yang lepas telah berjaya dilaksanakan. Pada program ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan iaitu, Kursus Pendek (9 jenis kursus pendek), gerai jualan makanan & minuman), pertandingan Cosplay, pertandingan Axia,pameran daripada gundam collector ,penjualan hotwheels,gerai keusahawanan pelajar KKMS, pameran pendidikan daripada Kolej Komuniti Miri,Curtin University,Kolej Laila Taib dan University Technology Sarawak (UTS).
Terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin untuk hadir merasmikan Festival Terbuka @KKMS Tahun 2024. Selain daripada itu,semua warga KKMS juga sangat berbesar hati menerima kehadiran Ts. Haji Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada program ini.
Kolej Komuniti Miri telah menghantar tiga penyertaan untuk program ini yang dipertandingkan pada 26-27 Julai 2024. Dua untuk kategori Sarawak’s Landmark dan satu untuk Recycle Revolution Bottle Challenge.
Seramai enam orang pelajar dan empat orang pensyarah terlibat dalam pertandingan ini.
Untuk kategori 3R Sculpture : Sarawak’s Landmark, Kolej Komuniti Miri dengan arca Kuda Besi telah mendapat tempat pertama dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00. Manakala untuk Arca Udang Galah mendapat tempat sebagai Best Presentation.
Tahniah kepada semua yang menyertai dan semoga kemenangan ini memberikan suntikan semangat kepada pensyarah serta pelajar untuk sentiasa menjadi lebih kreatif selain mempunyai daya imaginasi yang tinggi menghasilkan rekaan.