Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Miri Di Sarawak

 

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 5 Julai 2000 telah menimbang Memorandum daripada Menteri Pendidikan No. 398/2225/00 dan bersetuju dengan penubuhan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. Konsep penubuhan Kolej Komuniti ialah untuk menyediakan peluang alternatif kepada lepasan menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej Komuniti juga akan membuka peluang kepada pekerja dan komuniti setempat untuk mendapat pendidikan dan latihan kemahiran yang terancang.

Kolej Komuniti Miri  ialah Kolej Komuniti induk yang ke-42 ditubuhkan di Malaysia dan Kolej Komuniti Miri merupakan salah sebuah daripada tiga buah Kolej Komuniti induk di Sarawak dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 01 Jun 2001.

 

              

 

Kolej Komuniti Miri mula beroperasi pada 01 Mei 2009 di kampus sementara iaitu di alamat Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Demak Laut Commercial Centre Kuching selama satu tahun. Pada 01 Mei 2010, Kolej Komuniti Miri telah beroperasi secara rasminya di kampus tetap beralamat di Lot 5600 Jalan Permy Jaya Utama, 98000 Miri, Sarawak sehingga sekarang.