KURSUS PENDEK BULAN FEBRUARI 2025
Pendaftaran dibuka sekarang, sila klik pada gambar untuk melihat poster kursus pendek yang ditawarkan. Tempat adalah TERHAD. Penyertaan dibuka pada semua berumur 16 tahun ke atas. Sijil penyertaan disediakan. Jika anda berjaya mendaftar pada link yang diberikan, bermaksud nama anda telah berjaya didaftarkan didalam sistem kami. Jika tiada paparan borang bermaksud kursus telah PENUH. Bayaran pada hari kursus berlangsung. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di talian 085-653545.
Terima Kasih kerana sentiasa memberi sokongan untuk Kolej Komuniti Miri (KKMS)đź’•
Tahniah Ts. Sr. Norayushafira binti Che Kamaruddin atas perkauan gelaran Teknologis Profesional (Ts) daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Ini adalah satu pengiktirafan yang sangat bermakna dalam perjalanan kerjaya puan. Gelaran ini merupakan bukti betapa pentingnya peranan anda dalam memajukan teknologi dan inovasi. Semoga pencapaian ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kejayaan dan sumbangan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kami semua amat berbangga dengan pencapaian anda!
Tahniah sekali lagi atas pencapaian ini.
Tahniah kerana telah berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah, Sarawak.
1.VINCENT ANAK BUJANG
2.MACDONNELL BARIENG ANAK PHILIPH
3.SEBASTIAN MANGGAU ANAK DAVID
4.JOHANNES JORDAN ANAK JOSEPH
5.JOEL ANAK RICHARD
Tahniah kepada pasukan inovasi Kolej Komuniti Miri atas kemenangan ini. Tiga pensyarah yang telah menghasilkan inovasi ini ialah En. Holinson Emang Wan (Timb. Pengarah Akademik) ,En. Roland Tsok Vui Liang (Pensyarah Kanan) dan Pn. Norayushafira Binti Che Kamaruddin (Pegawai Kualiti).
Inovasi yang diberikan nama ClaBS@kkms berfungsi untuk memudahkan pensyarah serta pegawai untuk menguruskan sesi pembelajaran dengan berkesan. Inovasi ini mendapat tempat ketiga untuk kategori Teknologi Elektrik, ICT dan Telekomunikasi. Pasukan ini juga mendapat anugerah khas iaitu Anugerah Khas Industri.
Tahniah atas pencapaian dalam inovasi ini! Usaha dan kreativiti anda telah memberikan impak yang positif. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua.
Program yang berlangsung sempena 15 tahun tertubuhnya Kolej Komuniti Miri pada 6 Oktober 2024 (Ahad) yang lepas telah berjaya dilaksanakan. Pada program ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan iaitu, Kursus Pendek (9 jenis kursus pendek), gerai jualan makanan & minuman), pertandingan Cosplay, pertandingan Axia,pameran daripada gundam collector ,penjualan hotwheels,gerai keusahawanan pelajar KKMS, pameran pendidikan daripada Kolej Komuniti Miri,Curtin University,Kolej Laila Taib dan University Technology Sarawak (UTS).
Terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin untuk hadir merasmikan Festival Terbuka @KKMS Tahun 2024. Selain daripada itu,semua warga KKMS juga sangat berbesar hati menerima kehadiran Ts. Haji Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada program ini.
Kolej Komuniti Miri telah menghantar tiga penyertaan untuk program ini yang dipertandingkan pada 26-27 Julai 2024. Dua untuk kategori Sarawak’s Landmark dan satu untuk Recycle Revolution Bottle Challenge.
Seramai enam orang pelajar dan empat orang pensyarah terlibat dalam pertandingan ini.
Untuk kategori 3R Sculpture : Sarawak’s Landmark, Kolej Komuniti Miri dengan arca Kuda Besi telah mendapat tempat pertama dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00. Manakala untuk Arca Udang Galah mendapat tempat sebagai Best Presentation.
Tahniah kepada semua yang menyertai dan semoga kemenangan ini memberikan suntikan semangat kepada pensyarah serta pelajar untuk sentiasa menjadi lebih kreatif selain mempunyai daya imaginasi yang tinggi menghasilkan rekaan.