UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

KOLEJ KOMUNITI MIRI

PENGENALAN

            Unit Pengurusan Psikologi, Kolej Komuniti Miri telah ditubuhkan pada 28 Februari 2011. Unit ini diterajui oleh Pegawai Psikologi dan Pengarah sebagai Penasihat. Unit ini menyediakan perkhidmatan khusus untuk kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Miri.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN

  • Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi mereka.
  • Memberi khidmat pencegahan bagi menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tidak berdisiplin, penggunaan dadah, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku devian.
  • Memberi khidmat pemulihan (remedial) untuk mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan menangani masalah mereka.
  • Memberi khidmat pengurusan kerjaya kepada pelajar dan juga komuniti setempat untuk mendapatkan saluran maklumat tentang aras kerjaya.
  • Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu-individu yang memerlukannya.
  • Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada komuniti setempat.

 

CARTA ORGANISASI UNIT ( rujuk pada CO KKMS)

 

 

 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Kaunseling individu
  • Kaunseling Kelompok / Keluarga
  • Ujian/Inventori Psikologi
    • – Ujian Kemurungan
    • - Senarai Semak Tekanan
    • - Personaliti Diri
    • - Cara Gaya Bercinta
    • - Cara Gaya Keibubapaan
    • - Mutu Hubungan
    • - Ujian Kerjaya
    • - Ujian Tingkah Laku Konflik
    • - DASS
    • – Adakah Saya Mengalami Stress
    • – Inventori Personaliti Warna ( IPW)
    • - Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
    • - Ujian Tekanan Personaliti (A/B)
    • - Inventori Imej Kendiri
    • - Indeks Personaliti
    • - Senarai Semak Masalah Mooney
    • - Kad Kerjaya ARK ( Hobi,Nilai, Pekerjaan dan Kemahiran)
    • - Ujian Pengurusan Masa
    • - Ujian Kualiti Kepimpinan
    • - Ujian Sistem Keutamaan Representasi (VAK) – Visual, Auditory dan Kinestetic
    • - Ujian Emotional Freedom
    • - Ujian Indeks Kesejahteraan Psikologi

 

  • Khidmat runding cara

Sebagai contoh berkaitan Pengurusan Kewangan.

 

 

 

BAGAIMANA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

  • Datang secara walk-in (sukarela)
  • Melalui telefon – 085-653545 ext. 110
  • Mengisi Borang Temujanji yang sedia ada di Bilik Kaunseling
  • Melalui emel – This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Melalui surat – sila rujuk alamat penuh Kolej Komuniti Miri
  • Melalui rujukan oleh pensyarah/pihak pengurusan Kolej

JADUAL WAKTU SESI

  • Diadakan semasa waktu pejabat sahaja.

AKTIVITI YANG PERNAH DIADAKAN

  • Khemah Ukhwah Pelajar
  • Teambuilding Pelajar
  • Majlis Makan Malam anjuran Kelab PRiSS
  • Mesyuarat Dan Bengkel Peningkatan Kompetensi Jawatankuasa Teknikal Psikologi Kolej Komuniti Negeri Sarawak Tahun 2017- 2019
  • Training Of Facilitators (TOF) Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2019
  • High Performance Teamwork Course ( Teambuilding Kakitangan)
  • Kursus Pengenalan Kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993- P.U (A) 395/ 1993
  • Bengkel Kerjaya ; Penulisan Resume dan Folio
  • Ceramah Motivasi
  • Dan banyak lagi aktiviti bimbingan yang lain.